PETALING JAYA – Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hari ini.
Jalaluddin yang mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 6,312 undi untuk menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd. Umry Abdul Khois yang meraih 2,593 undi serta calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd. Faizal Fadli Mohd. Idrus yang memperoleh 367 undi.
Jalaluddin pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang bagi penggal 2013 hingga 2018 sebelum kembali memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri 2023. – KOSMO! ONLINE














