fbpx
Seluruh keluarga teruja dapat menikmati salji dan panorama di Melbourne.

Buru salji di Melbourne, destinasi ideal bercuti sekeluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARU-BARU ini, penulis berpeluang bercuti ke Melbourne, Australia selama tujuh hari enam malam bersama keluarga seramai 15 orang termasuk lima orang anak buah yang masih kecil.

Percutian itu sangat bermakna kerana telah lama saya merancang untuk bercuti dengan ahli keluarga yang ramai.

Perjalanan kami di sana adalah secara ‘do it yourself’ atau DIY, jadi memang banyak kenangan dicipta bersama daripada naik trem, memasak sendiri, sewa kereta dan road trip bersama-sama.

Walaupun penat disebabkan ramai yang mengikutinya dan ada pula budak kecil, tetapi itulah yang membuatkan trip ini lagi seronok dan mencabar.

Kami pilih Melbourne sebagai destinasi percutian kerana lokasi ini sangat family-friendly dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Ibu bapa saya juga buat permintaan ingin percutian ke negara yang sejuk tetapi tidak terlalu jauh dari Malaysia.

Percutian keluarga selama tujuh hari enam malam di Melbourne, Australia melibatkan 15 orang ini hanya menelan kos RM3,500 termasuk tiket penerbangan.

Saya pula memang sudah beberapa kali travel ke Australia, jadi tahu Melbourne agak mudah untuk diterokai sendiri.

Tambahan pula, musim sejuk ketika itu dan ini memberi peluang untuk anak-anak saudara penulis melihat salji buat kali pertama.

Itu sebenarnya antara sebab utama kami sanggup terbang ke sana.

Budak-budak memang teringin sangat melihat salji depan mata, asyik tengok di YouTube sahaja katanya.

Trip kali ini memang istimewa sebab semuanya kami rancang sendiri. Aturcara atau pengisiannya kami bincang bersama-sama sebab abang dan kakak penulis pun memang kaki travel juga.

Dari hotel, pengangkutan, road trip sampailah tempat makan, semuanya DIY.

Kami mulakan perjalanan dengan berjalan sekitar lokasi tumpuan utama di Melbourne seperti Hosier Lane, Flinders Street, Queen Victoria Market, State Library Victoria dan Royal Exhibition Building.

Disebabkan hotel berada betul-betul di tengah bandar, memang mudah nak bergerak ke mana-mana.

Antara perkara yang paling saya suka dalam trip ini ialah kami banyak memasak sendiri.

Kawanan lembu yang tiada
di Malaysia.

Ibu dan kakak siap bawa bahan-bahan masakan dari Malaysia, manakala barang basah dan beras kami beli saja di Australia sebab mudah untuk mendapatkan bahan halal di sana sehinggakan kami berpeluang makan nasi lemak dekat Melbourne.

Waktu itu memang rasa macam dekat rumah. Ada juga momen paling saya tak boleh lupa, sudah semestilah semasa road trip ke Mount Baw Baw.

Kami memandu hampir tiga jam semata-mata ingin mencari salji. Waktu itu jika mengikut ramalan cuaca, tidak dijangka turun salji hari itu.

Jadi sepanjang perjalanan memang kami asyik berharap dan berdoa sebab budak-budak sudah teruja untuk melihat sendiri dan merasai pengalaman bermain salji.

Alhamdulillah, sampai saja di sana terus turun snowfall. Memang semua menjerit gembira dan melihat reaksi anak-anak saudara penulis bermain salji buat kali pertama sangat bermakna dan tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Melihat kegembiraan mereka, segala rasa penat memandu semata-mata memburu salji itu hilang dan berasa bersyukur sangat apabila doa kami untuk melihat salji dimakbulkan.

Kekuasaan Yang Maha Esa apabila kita meminta sesuatu, insya-Allah akan memakbulkan dengan caranya sendiri.

Selepas puas bermain salji, keesokannya kami sambung pula ke Phillip Island. Kami turut singgah di Maru Koala and Animal Park untuk melihat haiwan ikonik negara itu iaitu koala dan kanggaru.

Tidak sah rasanya datang ke Australia kalau tak bergambar dengan ‘dua beradik’ ini.

Kami berpeluang memberi makan kepada haiwan tersebut dan piknik dengan membentangkan tikar di Philip Island sambil melihat kawanan lembu yang tidak ada di Malaysia.

Kami menempah hotel di tengah bandar supaya mudah bergerak menggunakan trem, manakala kereta sewa pula hanya digunakan sepanjang tempoh berada di Mount Baw Baw dan Phillip Island.

Sebelum balik ke Malaysia, kami singgah di The Nobbies yang pemandangan lautnya memang sangat menakjubkan dengan beberapa rumah yang dihuni oleh penguin kecil.

Bagi saya, percutian yang bermakna itu tidak selalunya perlu mewah.

Trip kami seramai 15 orang ini menelan kos sekitar RM3,500 sahaja seorang termasuk tiket penerbangan.

Jadi, bagi saya berbaloi untuk tempoh tujuh hari enam malam di Australia kerana apabila kita membuat perancangan sendiri, semuanya akan lebih tersusun, jimat dan fleksibel.

Paling penting perlu rajin untuk membuat kajian dan perancangan awal kerana perkara itu sangat membantu ketika bercuti di luar negara.

Daripada percutian ini juga membuatkan saya banyak belajar bahawa semua ahli keluarga perlu saling bekerjasama dan merancang perjalanan, memasak sehinggalah menjaga
budak-budak.

Untuk membuatkan jadual perjalanan lebih mudah, saya dan ahli keluarga yang lain akan mengumpulkan semua lokasi menarik di Melbourne untuk dilawati sebelum susun satu per satu mengikut kesesuaian.

Pengurusan visa Australia juga diuruskan sendiri walaupun pada awalnya ada beberapa ahli keluarga yang pada awalnya permohonan visa mereka ditolak.

Namun, kami tetap tidak patah semangat dan berusaha untuk mencuba dengan membuat rayuan sehinggalah semuanya berjalan lancar.

Syukur permohonan visa akhirnya lulus dan itu antara antara perkara yang paling melegakan sebelum
berangkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN