fbpx
Muhammad Syukor Adam (kiri) dan Muhammad Irwan sedang membawa motosikal Yamaha RXZ masing-masing menaiki bot ke Jeti Merang, Setiu semalam.

Angkut Yamaha RXZ naik bot sertai RXZ Members 8.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Dua pemuda dari Pulau Redang dekat sini sanggup membawa motosikal Yamaha RXZ masing-masing meredah lautan menggunakan bot untuk menyertai RXZ Members 8.0 di Litar Permotoran Terengganu di sini.

Sebaik tiba di Jeti Merang, Setiu dekat sini, Muhammad Syukor Adam Che Wahab, 25, dan Muhammad Irwan Rosman, 24, akan menunggang motosikal Yamaha RXZ ke tapak program.

Muhammad Irwan berkata, proses memasukkan motosikal Yamaha RXZ ke dalam bot perlu dilakukan dengan berhati-hati.

“Bukan mudah untuk memasukkan motosikal Yamaha RXZ ke dalam bot berikutan ruang yang agak terhad.

“Silap langkah, motosikal kami yang bernilai mencecah puluhan ribu ringgit ini boleh terjunam ke dalam laut,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Litar Permotoran Terengganu di sini hari ini.

Sementara itu, Muhammad Syukor Adam berkata, dia hanya akan menunggang motosikal Yamaha RXZ kesayangannya pada penganjuran RXZ Members, selepas membeli jentera itu enam tahun lalu pada harga RM19,000.

“Ikutkan harga pasarannya sekarang kira-kira RM25,000 setelah beberapa pengubahsuaian dilakukan tapi saya tiada niat untuk menjualnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN