Penampilan terbaharu pelakon kacak kelahiran Pakistan, Fawad Khan baru-baru ini ternyata menyita perhatian ramai apabila kelihatan kacak dan lebih muda.
Namun ada netizen yang mendakwa, bintang Kapoor And Sons itu melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan muda.
“Nampaknya dia melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan lebih muda dan kurus. Dia kelihatan sangat berbeza,” komen netizen.
Di sebalik tuduhan itu, ramai netizen yang berpendapat bahawa Fawad sememangnya seorang yang kacak.
Malah dia dilabel sebagai pelakon terkacak di Pakistan. Disebabkan itu juga dia dilamar industri Bollywood.














