fbpx
Ahmad Zahid ketika hadir Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Kampung Orang Asli di Kampung Orang Asli Batu Peti, Rompin, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

642 Orang Asli masuk universiti tahun ini – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Seramai 642 pelajar Orang Asli berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) pada tahun ini, sekali gus membuktikan usaha memperkasa pendidikan masyarakat itu terus menunjukkan perkembangan positif.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan telah berjaya membuka lebih banyak peluang pendidikan kepada mereka.

Menurutnya, ketika beliau mula menerajui kementerian itu pada 2023 dengan sasaran awal ialah membawa 300 pelajar orang Asli ke universiti dan jumlah itu berjaya dicapai, sebelum meningkat kepada 500 pelajar pada tahun berikutnya.

“Tahun ini selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya mencadangkan sasaran 500 pelajar orang Asli memasuki universiti, namun kita berjaya mencatatkan 642 pelajar.

“Saya mahu masyarakat orang Asli di Malaysia menjadi antara yang paling maju dari segi pendidikan di Asia Tenggara,” katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Kampung orang Asli di Kampung orang Asli Batu Peti, Rompin, hari ini.

Menurutnya, kerajaan turut berusaha meminda akta berkaitan Orang Asli selain memperkukuh penyertaan pemimpin Orang Asli dalam pentadbiran kerajaan negeri termasuk cadangan mewujudkan lebih ramai pegawai khas Orang Asli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN