fbpx
Keadaan kenderaan Mitsubishi Triton yang terbakar sehingga menyebabkan pemandunya melecur di KM 315, LPT 2 berhampiran susur masuk Plaza Tol Kerteh, Kemaman hari ini.

Lelaki dalam perjalanan ke RXZ Members melecur, Mitsubishi Triton terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Hasrat seorang pemuda untuk memeriahkan program RXZ Members 8.0 tidak kesampaian apabila dia melecur pada bahagian tangan dan kaki selepas pikap dipandunya tiba-tiba terbakar di Kilometer 315, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur masuk Plaza Tol Kerteh, di sini hari ini.

Kemalangan pada pukul 10.35 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 21 tahun melecur sewaktu mahu menyelamatkan diri daripada kenderaan pikap jenis Mitsubishi Triton yang sedang marak terbakar.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh, Wan Mohd. Razilan Wan Saleh berkata, sewaktu kejadian, lelaki tersebut bersama salah seorang rakannya dikatakan dalam perjalanan ke Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus dari Muar, Johor.

“Mangsa yang panik mahu menyelamatkan diri telah terkena percikan api daripada kebakaran itu, menyebabkan kaki dan tangannya melecur. Penumpang kenderaan itu terselamat tanpa kecederaan, manakala mangsa dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan,” katanya di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN