fbpx
Gambar hiasan.

12 negeri kini berstatus menua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 12 negeri di Malaysia kini telah mencapai status negeri menua apabila komposisi penduduk berumur 65 tahun dan ke atas melebihi tujuh peratus daripada jumlah penduduk.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, Perak kekal merekodkan komposisi warga emas tertinggi negara iaitu 10.8 peratus.

Katanya, ia diikuti Sarawak serta Kedah masing-masing 9.7 peratus, Pulau Pinang dan Perlis pula berkongsi peratusan sama iaitu 8.8 peratus.

Menurut DOSM, secara keseluruhannya komposisi penduduk berumur 65 tahun dan ke atas meningkat kepada 8.4 peratus tahun ini berbanding lapan peratus pada tahun lalu.

Dalam tempoh sama, DOSM berkata, komposisi penduduk berumur 0 hingga 14 tahun terus menurun daripada 21.6 peratus kepada 21.2 peratus.

Bagaimanapun, jelas jabatan itu, komposisi penduduk berumur bekerja antara 15 hingga 64 tahun kekal pada paras 70.4 peratus.

DOSM menambah, selaras perubahan struktur umur penduduk, umur penengah rakyat Malaysia meningkat kepada 31.7 tahun, berbanding 31.3 tahun pada tahun lalu.

Jelasnya, peningkatan usia penengah menunjukkan Malaysia sedang bergerak ke arah struktur penduduk yang semakin berusia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN