fbpx
Adul Boonthumjaroen (kiri) dan Mohamed Khaled semasa pertemuan dua hala di Pangkalan Udara Subang hari ini. Foto ihsan Facebook KHALED NORDIN

Malaysia, Thailand sepakat perkukuh kerjasama pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia dan Thailand terus memperkukuh hubungan pertahanan serta kerjasama strategik bagi memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau kekal terpelihara menerusi pertemuan dua hala di Pangkalan Udara Subang hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pertemuan bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Leftenan Jeneral Adul Boonthumjaroen mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara dalam memperkukuh hubungan pertahanan yang telah lama terjalin.

“Malaysia dan Thailand turut menegaskan komitmen bersama untuk terus mempertingkatkan kerjasama pertahanan demi memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, dalam pertemuan itu, Adul turut berkongsi perkembangan semasa mengenai situasi di Selatan Thailand selain memberi jaminan bahawa negara itu kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam usaha mencapai keamanan berkekalan demi kepentingan bersama.

Mohamed Khaled berkata, Malaysia menyambut baik komitmen tersebut dan akan terus memainkan peranan secara konstruktif dalam memperkukuh kerjasama pertahanan dengan Thailand.

Beliau yakin hubungan erat antara kedua-dua negara akan terus menjadi asas penting dalam mendepani cabaran strategik yang semakin kompleks, sekali gus menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN