fbpx
Muhammad Abdul Halim.

Ketua Polis Perlis antara 26 pegawai kanan PDRM bertukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Muhammad Abdul Halim antara 26 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan.

Setiausaha PDRM, DCP Datuk Mohamad Noor Yusof Ali berkata, Muhammad akan dilantik sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman.

Menurutnya, Muhammad akan memangku pangkat Komisioner Polis (CP) dengan pertukaran itu berkuat kuasa pada 3 Ogos ini.

“DCP Datuk Mohd Taufik Toh Abdullah pula bertukar daripada Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas, Bukit Aman kepada Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, Bukit Aman dengan memangku pangkat CP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Noor berkata, Ketua Penolong Pengarah D7 Pencegahan, Tahanan dan Pengawasan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Mohamad Farouk Eshak pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Forensik dan Perancangan Strategik JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

“Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Sabah, SAC Datuk Mohd Azhar Hamin pula dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dengan memangku pangkat DCP,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Lim San Aik bertukar sebagai Ketua JPJKK Sabah.

Katanya, Asisten Komisioner Polis (ACP) Ahmad Sukarno Mohd Zahari dilantik sebagai Ketua JPJKK Pahang, manakala ACP Mohd Taufik Maidin dilantik sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Perak.

Kedua-duanya akan memangku pangkat SAC.

Turut terlibat, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Basri Sagoni yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah D7 Pencegahan, Tahanan dan Pengawasan JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi Kuala Lumpur, ACP Zulkarnain Samsudin pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dengan memangku pangkat sama.

“Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Kumarasan Muniandy bertukar sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, manakala Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sazalee Adam dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

“Kedua-dua pegawai berkenaan akan memangku pangkat SAC,” katanya.

Dalam pertukaran sama, Superintendan Halim Abas dinaikkan sebagai Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, manakala Superintendan Kee Hang Kee dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur.

Superintendan Shahrudin Mat Husain pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, manakala Superintendan Saravanan Shanmuggam menjadi Ketua Polis Daerah Taiping.

Kesemua mereka akan memangku pangkat ACP.

Mohamad Noor berkata, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sabah, Superintendan Rosdi Mat Jusoh pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Tawau dengan memangku pangkat ACP.

Pertukaran Rosdi berkuat kuasa pada 1 September depan, manakala tarikh kuat kuasa bagi beberapa pertukaran lain yang dinyatakan adalah 3 Ogos ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN