EDINBURGH – Penduduk Scotland terkejut melihat seekor naga berukuran kira-kira 8 meter panjang terbang di langit sebanyak dua kali menjelang Sukan Komanwel 2026, lapor laman berita Secret Glasgow.
Naga itu pertama kali dikesan terbang sekitar pukul 5.45 pagi (waktu tempatan) di Arena Hydro dan auditorium SEC Armadillo, bandar raya Glasgow, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform X oleh akaun @voiceonthebox menunjukkan naga itu melingkar di ruang udara Glasgow, sekali gus mengejutkan penduduk tempatan dan pelancong.
Namun, orang ramai lega apabila makhluk tersebut sebenarnya sebuah replika naga yang diterbangkan untuk mempromosikan siri televisyen drama musim ke-3 House of the Dragon dan pembukaan Sukan Komanwell 2026.
Dikenali sebagai Syrax, seramai 14 orang dan masa 3,000 jam diperlukan untuk membina replika berkenaan.
Rakaman itu mencatatkan lebih 976,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai..
“Bila orang ramai nak sedar bahawa teknologi sekarang sangat hebat?” kata seorang netizen. – AGENSI














