fbpx
PARA pencarum KWSP perlu lebih berdisiplin dalam mengurus kewangan terutama selepas bersara.

Pencen tenang atau mahu kerja semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

SEJAK kebelakangan ini, banyak laporan dan kisah yang dipaparkan di media mengenai nasib pesara yang kehabisan wang persaraan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disebabkan pelbagai faktor.

Selepas penat bekerja selama puluhan tahun, mereka sudah tentu mahu menikmati baki kehidupan yang selesa dan tenang.

Bagaimanapun, realitinya hanya segelintir pesara yang dapat menikmati hidup dengan aman tanpa memikirkan komitmen kewangan yang berat. Kelompok yang bernasib baik ini merupakan mereka yang bijak, berdisiplin, dan berhemah dalam menguruskan perbelanjaan wang persaraan tersebut.

Malangnya, masih ada pesara yang terperangkap dalam dilema kewangan yang rumit akibat kesilapan sendiri. Antara punca utamanya termasuklah tindakan menggunakan wang persaraan untuk menaik taraf kediaman secara berlebihan, membiayai kenduri kahwin anak, atau dijadikan sumber kewangan utama oleh ahli keluarga.

Selain itu, ada juga dalam kalangan mereka yang tersilap langkah dengan menyertai skim pelaburan yang merugikan, malah ada yang menjadi mangsa penipuan scammer pelaburan palsu di media sosial.

Lebih malang lagi, ada pesara yang terpaksa bekerja semula demi menampung kos sara hidup pada usia tua, sedangkan tempoh itu sepatutnya digunakan untuk berehat.

Bagi mengelakkan kemelut ini daripada terus berlaku, para pencarum yang ingin mengeluarkan dana persaraan perlu lebih bijak mengawal kewangan dengan merancang bajet bulanan secara teliti.

Elakkan juga daripada membuat pengeluaran demi memenuhi kehendak atau kemahuan yang tidak penting.

Sebelum membuat sebarang keputusan besar, dapatkan maklumat dan nasihat kewangan yang sahih melalui Portal Rasmi KWSP bagi memastikan simpanan anda kekal stabil demi masa depan.

JIMI
Seremban, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN