fbpx
Gambar yang dimuat nak oleh Hannah Yeoh di laman Facebook.

RM1 juta disediakan, Geran Pusat Bandar KL 2026 dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Individu, pertubuhan dan komuniti yang mempunyai idea untuk menghidupkan semula pusat bandar Kuala Lumpur kini berpeluang merealisasikannya menerusi Program Geran Pusat Bandar Kuala Lumpur 2026 yang menawarkan dana keseluruhan berjumlah RM1 juta.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, pembangunan masa depan ibu negara tidak boleh dipikul oleh kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan penyertaan aktif penduduk, peniaga, penggiat seni dan komuniti setempat.

Menurutnya, geran yang disediakan Kementerian Kewangan itu menawarkan pembiayaan antara RM30,000 hingga RM100,000 bagi setiap projek yang berjaya dipilih.

“Program ini mencari idea yang mampu membawa orang ramai kembali ke pusat bandar, membantu perniagaan tempatan serta memberi nafas baharu kepada ruang-ruang yang telah lama menjadi sebahagian daripada Kuala Lumpur.

“Jangan biarkan idea itu sekadar menjadi angan-angan. Inilah masanya untuk menjadikannya satu kenyataan,” katanya.

Beliau berkata, permohonan dibuka di bawah enam tema utama iaitu Rangkaian Muzium dan Galeri (Magnet), pembentukan tempat dan peremajaan ruang, pengaktifan budaya dan kandungan kreatif, pembangunan perniagaan kreatif dan organisasi, penglibatan komuniti dan pembangunan kapasiti serta pendigitalan dan inovasi.

Permohonan Program Geran Pusat Bandar Kuala Lumpur 2026 dibuka sehingga 21 Ogos 2026, dengan setiap projek terpilih layak menerima geran antara RM30,000 hingga RM100,000.

Dana tersebut diharap dapat merancakkan semula aktiviti ekonomi, budaya dan kehidupan komuniti di pusat bandar Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN