fbpx
Tangkap layar video menunjukkan aligator itu muncul di hadapan pintu rumah di negeri Florida. - CBS News Miami

Aligator rupanya ‘ketuk’ pintu rumah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PALM BAY, FLORIDA – Sebuah keluarga di negeri Florida terkejut menerima pelawat tidak diundang pada awal pagi iaitu seekor aligator sepanjang 2 meter di pintu rumah mereka, lapor agensi berita United Press International. 

Rakaman video dikongsi di platform Facebook oleh WESH 2 News menunjukkan reptilia itu ‘melawat’ kediaman milik Sierra Wynn di bandar Palm Bay, baru-baru ini. 

“Ekornya memukul pintu dan struktur rumah, diiringi bunyi berdesis yang menakutkan. Aligator ini kelihatan sangat garang dan saya fikir binatang buas ini akan akan menceroboh masuk melalui tingkap,” kata Wynn kepada stesen penyiaran WESH-TV. 

Polis Palm Bay bersama penangkap reptilia Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida pergi ke rumah mangsa. 

Reptilia berkenaan berjaya dipindahkan dengan selamat tidak lama kemudian. 

Menurut Wynn, amaran sistem televisyen litar tertutup (CCTV) berjaya mengelakkan insiden yang jauh lebih buruk. 

“Jika kami tidak mempunyai CCTV dan ciri-ciri yang membolehkan kami mendapat pemberitahuan terdapat haiwan di halaman rumah,  siapa tahu apa yang akan berlaku,” tambah Wynn. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN