fbpx
Anggota bomba ketika menjalankan operasi memadamkan kebakaran di sebuah bengkel kereta di Jelutong, awal pagi tadi.

Bengkel terbakar, tiga kenderaan rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Sebuah bengkel kereta di Jalan Free School, Jelutong di sini mengalami kemusnahan kira-kira 60 peratus susulan kebakaran awal pagi tadi yang turut merosakkan tiga kenderaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bersama BBP Lebuh Pantai digerakkan ke lokasi.

Katanya, kebakaran melibatkan sebuah bengkel kereta jenis kekal berkeluasan kira-kira 2,400 kaki persegi.

“Turut terlibat dalam kebakaran ialah sebuah BMW yang mengalami kemusnahan kira-kira 10 peratus, sebuah Perodua Kelisa (10 peratus) dan sebuah Honda City (lima peratus).

“Pasukan bomba menjalankan kerja pemadaman dan pengawalan kebakaran dengan bantuan beberapa Pasukan Bomba Sukarela (PBS). Tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 6.20 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9.07 pagi selepas kerja-kerja overhaul selesai dijalankan.

“Kes diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) bagi mengenal pasti punca dan nilai kerugian,” katanya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN