fbpx
Gambar yang dimuat naik di Threads oleh @shhh.apek_

Upah ‘rider’ beratur beli BBQ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang individu yang menggunakan khidmat penghantar barang (rider) semata-mata untuk menolongnya beratur di sebuah restoran, mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads oleh @shhh.apek_, yang berkongsi mesej daripada seorang pelanggan wanita meminta bantuan daripadanya untuk beratur di sebuah restoran.

“Saya nak minta tolong beratur sementara tunggu saya sampai. Nanti saya bayar lebih,” tulis pelanggan berkenaan.

Katanya lagi, pelanggan tersebut memintanya berkenaan beratur di sebuah restoran barbeku yang baru dibuka di sebuah premis beli-belah di Nilai, Negeri Sembilan.

“Macam mana akak ni boleh terfikir untuk order (pesan) rider demi nak jimat masa dia? Memang bergeliga sungguh,” katanya pada hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut menyifatkan tindakan itu sebagai satu langkah bijak dan turut berkongsi pengalaman lucu mereka menggunakan perkhidmatan penghantar barang.

“Lala ni dah boleh tukar jadi Bibikmove dah haha,” seloroh @wnrbwh.

“Hari tu tengok ada yang tolong jemur kain, tolong susun kasut. Banyak tugas mereka ni. Lepas ni boleh tolong ambil anak sekolah pulak,” kata @nora_annnasz.

“Setelah tengok hantaran dan baca komen-komen ni, memang ternyata rakyat Malaysia ni bijak, IQ tinggi dan kemahiran hidup tinggi. Ada duit semua jalan,” ujar @nourrraa311. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN