fbpx
Ayob ketika berucap di majlis pelancaran buku biografi di KLGCC, hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

Ayob Khan bersara Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay akan menamatkan perkhidmatannya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Ahad ini selepas hampir 35 tahun berkhidmat.

Ayob Khan berkata, Ahad ini merupakan hari terakhir beliau menyarung uniform PDRM selepas hampir tiga setengah dekad menabur bakti kepada pasukan keselamatan itu.

“InsyaAllah, Ahad ini adalah hari terakhir saya dalam pasukan selepas berkhidmat hampir 35 tahun bersama PDRM,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran buku biografinya di sini hari ini.

Sepanjang kerjayanya, Ayob Khan pernah menyandang beberapa jawatan penting termasuk Ketua Polis Johor, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Jun 2023.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tidak mustahil akan membuka sebuah restoran sehingga orang ramai berpeluang melihatnya dalam suasana yang berbeza.

“Mungkin nanti orang nampak saya pakai kain pelikat dan baju pagoda sambil menebar roti canai,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, keutamaan buat masa ini adalah berehat terlebih dahulu selepas menamatkan perkhidmatannya dalam PDRM.

“Mungkin selepas ini akan ada sebuah lagi buku yang ditulis dengan lebih terperinci mengenai operasi yang pernah saya sertai dan boleh dikongsikan kepada masyarakat,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN