fbpx
Shazeli ketika sidang akhbar di IPK Selangor. FOTO: AFIQ RAZALI

Polis sahkan pemandu van keselamatan maut akibat serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis Selangor mengesahkan seorang pemandu van syarikat keselamatan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan berhubung kes cubaan rompakan di Bandar Bukit Tinggi, Klang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, mangsa berusia 43 tahun itu hadir ke IPD Klang Selatan pada waktu malam hari kejadian bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut beliau, ketika sesi temu bual dijalankan, mangsa tiba-tiba rebah sebelum pengsan.

“Ambulans kemudian dihubungi dan mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Shazeli berkata, hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan masalah jantung.

Mengulas perkembangan siasatan cubaan rompakan itu, beliau berkata, setakat ini belum ada tangkapan dilakukan, namun polis sudah memperoleh petunjuk positif dan sebarang perkembangan termasuk tangkapan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan salah seorang petugas syarikat keselamatan yang terlibat dalam kejadian cubaan rompakan di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Isnin lalu dilaporkan meninggal dunia semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh kakak Allahyarham menerusi akaun TikTok dikenali sebagai @deenadurrah susulan beberapa dakwaan yang tular di media sosial bahawa seorang pengawal keselamatan dalam kejadian berkenaan telah meninggal dunia.

Dalam kejadian cubaan rompakan yang berlaku pukul 5.30 hingga 6 petang semalam, suspek gagal melarikan wang tunai berjumlah RM82,000 selepas seorang pekerja sempat menutup pintu van berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN