fbpx
Mayat seorang lelaki warga emas ditemui terapunh di Tasik Tun Perak, Taman Jati Batu 17, Rawang hari ini.

Lelaki warga emas lemas di Tasik Tun Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAWANG – Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas mayatnya ditemui terapung di Tasik Tun Perak, Taman Jati Batu 17 di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 7.55 pagi.

“Komander operasi mengesahkan terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa Cina berusia lingkungan 60-an terapung di dalam tasik.

“Mangsa berjaya dinaikkan oleh anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.

Katanya, siasatan lanjut berhubung punca kejadian sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN