fbpx
ROGERS sah menjadi milik Chelsea selepas menandatangani kontrak jangka panjang. - Foto ihsan Chelsea FC

EPL: Rogers sertai Chelsea, jadi pemain termahal England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Chelsea mengesahkan pembelian ‘mega’ pertama pada jendela perpindahan kali ini selepas mengumumkan kehadiran pemain tengah England, Morgan Rogers daripada Aston Villa dengan nilai perpindahan mencecah £117 juta (RM639 juta).

Nilai tersebut menjadikan Rogers sebagai pemain England termahal dalam sejarah sekali gus memadam rekod yang dicipta Elliot Anderson ketika menyertai Manchester City daripada Nottingham Forest dengan harga £116 juta, awal bulan ini.

Rogers yang berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak sehingga 2033 dan akan menjalani melaporkan diri sebaik pulang daripada kempen Piala Dunia 2026 yang berakhir minggu lalu.

“Saya sangat teruja dengan perpindahan ini kerana Chelsea adalah kelab terbesar di London dan pasukan yang saya kagumi sejak kecil.

“Saya juga yakin dengan projek yang dibawa pengurus baharu, Xabi Alonso, serta hala tuju kelab ini. Itulah sebab utama saya memilih Chelsea,” kata Rogers dalam satu kenyataan awal pagi atdi.

Lebih menarik, pembelian Rogers turut memecahkan rekod perpindahan termahal The Blues sebelum ini yang dipegang Enzo Fernandez, dibeli daripada Benfica dengan nilai £107 juta pada 2023.

Sepanjang bersama Villa, Rogers meledak 21 gol dalam 85 penampilan liga serta memainkan peranan penting membantu pasukan menjulang trofi Liga Europa pada Mei lalu.

Sementara itu, pemain sayap Argentina, Alejandro Garnacho, dijangka menjadi nama besar yang bakal dilepaskan Chelsea sebelum jendela perpindahan ditutup selepas berjaya mendapat khidmat Rogers. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN