fbpx
ANGGOTA bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang warga emas di Sungai Benut berhampiran Kampung Kolam Air di Simpang Renggam, Kluang petang semalam.

Warga emas dipercayai lemas di Sungai Benut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seorang lelaki warga emas mati lemas selepas mayatnya ditemui di Sungai Benut berhampiran Kampung Kolam Air di Simpang Renggam disini dalam kejadian petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima laporan daripada Lee Wan Leong, 43, berkaitan penemuan selipar dan kereta bapa saudaranya, Lee Wa,76, berjampiran tepi sungai di kampung berkenaan pada pukul 2 petang.

Katanya, melalui laporan itu, bapa saudaranya sebelum itu telah keluar dari rumahnya kira-kira pukul 1.40 petang tanpa memaklumkan arah tujuannya.

Jelasnya, pengadu kemudiannya mendapatkan bantuan Pasukan Bomba dan Menyelamat Renggam dan hasil pencarian kemudiannya telah menemui mangsa berhampiran selipar dan kereta yang ditinggalkan di dasar sungai namun disahkan meninggal dunia.

“Kes sedang disiasat mengikut mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut dijalankan melalui bedah siasat akan dijalankan pada hari ini bagi mengetahui punca kematian sebenar,”katanya melalui kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN