fbpx
Gambar hiasan

Amaran ribut petir di Pantai Timur, utara hingga waktu balik bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan hingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling), Pulau Pinang (Barat Daya dan Timur Laut), Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) dan Kelantan (Jeli).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan) dan Negeri Sembilan (Jelebu dan Kuala Pilah),” katanya.

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Betong (Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Tawau (Tawau dan Semporna).

Cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh Labuan.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN