fbpx
Tangkap layar kutipan semasa tabung larian Syed Saddiq.

Kutipan larian Syed Saddiq cecah RM361,848, sudah lepasi sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kempen kutipan dana sempena Larian Kesyukuran Muar anjuran Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencatat pencapaian luar biasa apabila berjaya melepasi sasaran asal RM200,000 sebaik memasuki hari kedua cabaran tersebut.

Berdasarkan kemas kini di laman rasmi kempen, jumlah kutipan setakat pukul 1.20 pagi hari ini mencecah RM361,848, iaitu 181 peratus daripada sasaran asal RM200,000, sekali gus melebihi sasaran sebanyak RM161,848.

Dana yang dikumpulkan akan disalurkan bagi dua inisiatif utama iaitu penyediaan foodbank kepada keluarga yang memerlukan di Parlimen Muar serta pembelian iPad untuk membantu pelajar mendapatkan akses pembelajaran digital yang lebih baik.

Misi larian amal sejauh hampir 200 kilometer itu bermula di Istana Kehakiman, Putrajaya dan dijadualkan berakhir di Laman Maharani, Muar esok selepas melalui beberapa lokasi di Negeri Sembilan dan Johor sepanjang empat hari perjalanan.

Lebih mengujakan, perkembangan kutipan dana itu turut disambut meriah oleh penyokong di media sosial yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan syukur serta penghargaan terhadap usaha berkenaan.

“Hebat! Daripada orang-orang baik untuk orang baik yang hebat laksanakan amanah sebaik mungkin,” komen Yusuf.

“Tak sia-sia YB berlari, hebat warga Muar kerana mempunyai MP sebegini,” komen Tisya pula.

Sebelum ini, Syed Saddiq melaksanakan Larian Kesyukuran Muar sebagai tanda kesyukuran selepas beliau dibebaskan daripada sabitan dan hukuman yang dihadapinya pada Isnin lalu.

Pada hari pertama, kempen itu berjaya mengumpul RM54,692 sebelum jumlah sumbangan meningkat mendadak sehingga melepasi sasaran pada hari kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN