fbpx
DARI puncak Gunung Kinabalu, gelanggang Ironman sehingga ke Istana Keadilan, keteguhan cinta BASS sudah cukup teruji dan kini hanya menghitung hari ke jenjang pelamin.

Pakat tak sabar tunggu ‘pesta nasi minyak’ BASS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBAIK sahaja Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan dan hukuman mahkamah, satu Malaysia gembira.

Bukan sahaja lega melihat perjuangan panjang Ahli Parlimen Muar itu berakhir dengan kemenangan, tetapi impian peminat yang mahu melihat Syed Saddiq dan tunangannya Bella Astillah (BASS) bersatu bakal terlaksana.

Berakhirnya kes mahkamah bukan hanya memberi kelegaan kepada Syed Saddiq dan keluarganya, bahkan menjadi khabar gembira kepada peminat BASS di seluruh negara yang selama ini mengikuti perjalanan cinta pasangan berkenaan.

Perjalanan cinta mereka sememangnya tidak mudah. Bella hadir ketika Syed Saddiq masih memikul status sebagai individu yang disabitkan kesalahan, selain terpaksa melalui proses mahkamah yang panjang dan penuh ketidaktentuan.

Namun, Bella tetap memilih untuk berdiri di sisinya. Kesetiaan itu cukup besar maknanya sehingga Syed Saddiq secara terbuka mengucapkan terima kasih kepada tunangnya kerana tidak meninggalkannya ketika berdepan antara fasa paling sukar dalam kehidupan.

Lebih menggembirakan, selepas keputusan mahkamah memihak kepadanya, Syed Saddiq turut menerima isyarat positif daripada kedua-dua ibu bapanya untuk meneruskan perancangan perkahwinan bersama Bella.

DARI puncak Gunung Kinabalu, gelanggang Ironman sehingga ke Istana Keadilan, keteguhan cinta BASS sudah cukup teruji dan kini hanya menghitung hari ke jenjang pelamin.

Tarikh nikah

Bukan lagi sekadar bayangan atau usikan peminat, pasangan tersebut dalam siaran langsung BASS Cast pada Selasa lalu mengesahkan tarikh pernikahan mereka sebenarnya sudah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah keluarga selain bakal disiarkan secara langsung oleh Astro.

Bagaimanapun, tarikh bersejarah itu belum boleh diumumkan kepada orang ramai kerana mereka mahu menghormati keluarga besar dan sahabat terdekat dengan menyampaikan berita tersebut kepada kelompok berkenaan terlebih dahulu.

Lucunya memenuhi ruangan komen, ramai peminat yang ‘merancang’ seolah-olah mereka akan dijemput ke majlis perkahwinan tersebut.

Ada yang mula bertanya tentang warna tema, ada yang secara sukarela menawarkan diri untuk merewang, ada yang mahu membawa meja dan kerusi sendiri asalkan dapat menyaksikan majlis perkahwinan pasangan popular ini di depan mata.

Tidak keterlaluan sekiranya hari bahagian mereka bertukar menjadi ‘pesta nasi minyak BASS’ di seluruh negara.

Biarpun tidak semua berpeluang hadir sebagai tetamu, jutaan peminat pasti akan memberikan sokongan dari hadapan kaca televisyen dan platform digital.

Fenomena

Fenomena BASS bukan semata-mata tercetus kerana gabungan seorang ahli politik dengan selebriti popular. Sebaliknya, hubungan mereka diminati kerana orang ramai melihat dua individu daripada latar berbeza yang saling menyokong ketika berdepan pelbagai ujian kehidupan.

Syed Saddiq pernah berkongsi bahawa antara perkara yang membuatkannya jatuh hati terhadap Bella ialah cara wanita itu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu, kakak dan anak yang sangat mementingkan keluarga.

Di sebalik kesibukan sebagai penyanyi, pelakon dan ibu kepada dua cahaya mata, Bella juga mampu menguruskan pelbagai perkara dalam satu masa tanpa mengabaikan insan yang berada di sekelilingnya.

Sikap Bella yang gemar membantu golongan memerlukan turut mencuri hati Syed Saddiq. Bella bukan hanya prihatin menerusi kata-kata, bahkan sanggup turun padang dan menghantar bantuan kepada mereka yang berdepan kesusahan.

Bella pula tidak pernah menafikan Syed Saddiq banyak membantunya sepanjang mereka mengenali satu sama lain. Kehadiran lelaki itu bukan sahaja memberikan sokongan secara peribadi, malah membantu Bella melalui beberapa fasa penting dalam kehidupan dan kerjayanya.

Harus diakui, hubungan dengan figura politik berpengaruh seperti Syed Saddiq turut melonjakkan lagi populariti Bella dan naik taraf kedudukannya dalam masyarakat.

Gara-gara Bella, Syed Saddiq kini menjadi antara ahli politik popular dan digemari ramai terutama golongan muda bahkan laris sebagai duta produk.

Mereka saling melengkapi dan dapat dibayangkan perkahwinan kelak bakal menjadi Wedding of The Year yang akan dihadiri ramai orang penting negara dan selebriti terkenal tanah air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN