NEW JERSEY – Sehelai jersi pernah dipakai legenda bola sepak, Pele dalam perlawanan akhir Piala Dunia pertama yang dimenangi oleh Brazil dijual pada harga AS$4.9 juta (RM20 juta).
Memorabilia itu dijual dalam acara lelongan firma Sotheby’s di New York semalam.
Penyerang Brazil bergelar ‘The King’ itu berumur 17 tahun ketika dia menjaringkan dua gol dalam kemenangan 5-2 negaranya ke atas tuan rumah, Sweden pada tahun 1958.
Baju biru itu menjadi jersi kedua paling mahal pernah dilelong selepas seorang pembeli misteri mengatasi empat pembida lain.
Rekod dunia semasa adalah AS$9.3 juta (RM37.9 juta) untuk jersi dipakai bintang Argentina, Maradona semasa pertembungan suku akhir dengan England dalam Piala Dunia Mexico 1986. – AFP














