KHAIRY Jamaluddin (dua dari kiri) pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak 2026 di Dewan Besar Pekan Baru, Chenderong Balai di Pasir Salak hari ini.

Kor Ming kena tunai janji letak jawatan – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR SALAK – Bekas Ketua Pemuda UMNO berpandangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming perlu meletakkan jawatannya susulan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara ringkas memaklumkan, sekiranya sudah berjanji, perkara itu perlu ditunaikan.

“Itu (letak jawatan) kena tanya dia (Kor Ming), tapi kalau sudah berjanji, kena tunaikan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak 2026 di Dewan Besar Pekan Baru, Chenderong Balai di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Timbalan Pengerusi DAP itu memaklumkan beliau akan menjadi individu pertama yang meletakkan jawatan sekiranya BN menang dalam PRN Johor dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan.

Dalam PRN Johor semalam, BN memenangi sebanyak 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus diberikan mandat untuk meneruskan pentadbiran negeri tersebut.

Berhubung kemenangan besar BN di Johor, Khairy Jamaluddin berkata, pertambahan lapan kerusi DUN tersebut membuktikan gabungan parti dan majoriti meningkat termasuk undian dalam kalangan orang muda.

“Kita jangan takbur dan sombong dengan kemenangan ini kerana ada PRN Negeri Sembilan, Melaka dan Pilihan Raya Umum kelak,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN