fbpx
ONN HAFIZ ketika berucap pada kempen PRN Johor di DUN Bukit Permai, Kulai, baru-baru ini.

‘Budak Johor’ menang bergaya di Machap, majoriti lebih dua kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membuktikan sokongan rakyat terhadap kepimpinannya terus utuh apabila mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap dengan kemenangan bergaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16, semalam.

Malah, kemenangan yang diraih Menteri Besar Johor itu lebih manis apabila majoriti undinya melonjak lebih dua kali ganda berbanding PRN Johor 2022, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pemimpin paling dominan dalam pilihan raya kali ini.

Onn Hafiz yang sering menggelarkan dirinya sebagai ‘budak Johor’ memperoleh 20,382 undi untuk menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nur Hafiz Roslan yang meraih 5,007 undi, sekali gus menang dengan majoriti 15,375 undi.

Majoriti tersebut meningkat ketara berbanding kemenangan beliau pada PRN Johor 2022 apabila meraih majoriti 6,543 undi di kerusi sama.

Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Machap, Mohd Izzul Helmi Ahmad selepas penjumlahan undi daripada 66 pusat mengundi melibatkan 65 saluran selesai di Dewan Muafakat, Majlis Daerah Simpang Renggam.

Keputusan itu turut mengambil kira sebanyak 366 undi pos serta undi awal yang berlangsung Selasa lalu membabitkan 28 anggota polis dan pasangan.

Pada PRN Johor 2022, Onn Hafiz menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Azlisham Azahar, calon Muda, R. Sangaran dan calon Pejuang, Sharuddin Md. Salleh.

Sebelum itu, beliau turut mencipta kemenangan sulung di kerusi DUN Layang-Layang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018 dengan majoriti tipis 364 undi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN