fbpx
SUV elektrik ini mempunyai rekaan bumbung coupe yang melandai memberikan imej sporty.

EC40 SUV elektrik minimalis beraura eksklusif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALAM era transformasi mobiliti global, Volvo EC40 muncul sebagai evolusi automotif premium yang menggabungkan kemewahan Scandivania, teknologi elektrifikasi dan kelestarian.

Kemunculan pelbagai model kenderaan elektrik (EV) dalam pasaran Malaysia memberi pilihan kepada pengguna, namun kenderaan utiliti sukan (SUV) Coupe Volvo EC40 membuktikan peralihan ke arah mobiliti hijau tidak memerlukan sebarang kompromi dari segi kemewahan, keselesaan dan prestasi.

Volvo EC40 Ultra Single Motor 2026 telah dilancarkan secara rasmi pada September tahun lalu dan model ini yang dijual pada harga RM248,888 muncul sebagai pilihan EV mampu milik dalam keluarga Volvo.

Seperti namanya, model ini dipacu motor elektrik tunggal yang dipasang pada gandar belakang menghasilkan kuasa 238PS dan tork maksimum 420Nm.

Sebelum ini, Volvo EC40 dikenali sebagai C40 Recharge yang merupakan penjenamaan semula kepada EC40 serta membawa identiti baharu yang selari dengan hala tuju elektrifikasi jenama buatan Sweden tersebut.

Baru-baru ini, penulis telah diberi peluang oleh Volvo Cars Malaysia (VCM) untuk memandu uji Volvo EC40 2026 bagi merasai sendiri pengalaman mengendalikan SUV Coupe ini.

Sebagai pemandu wanita, penulis telah diberikan warna badan Aurora Silver yang menyerlahkan karakter urban dan muda pada Volvo EC40, sekali pandang warnanya kelihatan keunguan.

Selain itu, terdapat pilihan warna Sand Dune, Onyx Black dan Crystal White dipadankan dengan bahagian dalam kereta sama ada balutan tekstil suede Charcoal Connect atau Charcoal Microtech.

Bagi mereka yang sedang mencari sebuah SUV elektrik premium pertama, EC40 Single Motor mungkin adalah jawapan yang selama ini dicari.

Tempat duduknya boleh dikatakan paling selesa dalam kelasnya yang menyokong badan dengan baik sekali gus mampu membuatkan anda mahu memandu lebih lama.

Pada pandangan pertama penulis, Volvo EC40 bukanlah sebuah EV yang cuba menarik perhatian dengan rekaan pelik atau lampu berlebihan.

Sebaliknya, SUV coupe dari Sweden ini tampil dengan gaya minimalis, kemas dan elegan dengan aura eksklusif.

Rekaan bumbung coupe yang melandai memberikan imej sporty, manakala lampu LED ikonik tukul Thor’s pula terus menjadi identiti yang membuatkan sesiapa sahaja tahu ini ialah sebuah Volvo.

Apa yang menarik, versi Single Motor ini masih kelihatan sama premium seperti varian Twin Motor yang diperkenalkan sebelum ini.

Sebaik sahaja masuk ke ruang kabin, model Volvo ini menampilkan rekaan minimalis dengan ruang yang membuatkan pemandu berasa tenang.

Tiada butang yang berlebihan atau skrin yang terlalu rumit, sebaliknya hanya sebuah kabin moden, minimalis dan cukup premium untuk membuatkan anda mahu terus memandu lebih lama.

Tempat duduknya pula mungkin antara yang paling selesa dalam kelasnya yang menyokong badan dengan baik dan kedudukan pemanduan ergonomik menjadikan perjalanan jauh tidak memenatkan.

Sistem infotainment berasaskan Google Automotive juga berfungsi dengan sangat lancar, manakala navigasi, muzik dan kawalan suara semuanya terasa semula jadi tanpa memerlukan tempoh penyesuaian yang panjang.

Namun, apa yang paling mengejutkan sebenarnya bermula apabila pedal kuasa ditekan.

Pecutan dari pegun ke 100km/j boleh dicapai dalam masa hanya 7.3 saat, angka yang cukup pantas untuk kegunaan harian.

Dari segi pemanduan, stereng EC40 ringan dan responsif mudah dikendalikan, amat sesuai untuk pemanduan dalam bandar dan lebuh raya.

Lebih menarik, konfigurasi pacuan roda belakang memberikan karakter pemanduan yang lebih menyeronokkan berbanding kebanyakan SUV elektrik lain dalam kategori harga yang sama.

Pada kelajuan tinggi, kabinnya kekal senyap dan stabil, bunyi angin hampir tidak kedengaran, sementara sistem suspensinya berjaya menyerap permukaan jalan yang tidak rata dengan sangat baik.

Inilah antara perkara yang membezakan Volvo daripada kebanyakan pesaing EV sama ada dari Eropah, Jepun dan China.

Walaupun mempunyai berat lebih dua tan, EC40 tidak pernah terasa besar atau sukar dikendalikan. Sebaliknya, memberikan keyakinan yang tinggi kepada pemandu dalam pelbagai situasi.

Dari segi aspek kecekapan tenaga, bateri Nickel Manganese Cobalt (NMC).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN