fbpx
KASTAWI menunaikan tanggungjawabnya di Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Sungai Sayong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.

PRN Johor: Peneroka berusia 103 tahun pun keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

​KOTA TINGGI – Di saat ada golongan muda yang mungkin berkira-kira untuk keluar mengundi, seorang warga emas berusia 103 tahun membuktikan usia bukan penghalang apabila hadir menunaikan tanggungjawabnya di Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Sungai Sayong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.

​Kehadiran Kastawi Esa, sebagai antara pengundi tertua Felda di Johor ternyata mencuri tumpuan dan menjadi simbol semangat patriotik yang tinggi buat masyarakat setempat.

“Saya bangga dapat mengundi. Dari awal pagi dah bersiap tunggu… sebab memang tak sabar nak keluar mengundi.

“Alhamdulillah, semua urusan mengundi mudah… petugas banyak membantu. Saya bersyukur kerana masih sihat dan dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,”katanya.

​Berkongsi rahsia umur panjang dan kekal sihat sehingga mencecah usia 103 tahun, Kastawi menjelaskan dia hanya mengamalkan pemakanan biasa tanpa sebarang pantang larang ketat mahupun pengambilan suplemen atau makanan tambahan.

​Sementara itu, Ketua Kampung Felda Sungai Sayong, Shaiful Bahri Sidek, 60, berkata, pihak kampung mengambil inisiatif khas menyediakan kenderaan bagi memastikan warga emas itu dapat hadir ke pusat pengundian dengan selesa.

​Menurutnya, Kastawi bukan sekadar datang untuk mengundi, tetapi kehadirannya membawa mesej dan teladan yang sangat besar kepada generasi baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN