fbpx
Fikry mengumumkan dia kini bukan lagi pengacara Melodi selepas dua tahun mengendalikan program hiburan tersohor tanah air itu.

‘Dia tak pernah menyusahkan’ – Fikry Ibrahim tinggalkan Melodi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Fikry Ibrahim mengumumkan penamatan tugasnya sebagai pengacara Melodi semalam selepas dua tahun mengendalikan program tersebut.

Tampil buat kali terakhir menerusi siaran malam tadi, Fikry yang menjadi hos Melodi sejak tahun 2024 berkata, dia bersyukur diberi peluang terlibat dengan program tersebut selain menawarkan pengalaman berharga sebagai seorang pengacara.

“Terima kasih kepada keluarga Melodi dan Ain Edruce kerana memudahkan pekerjaan saya.

“Untuk kali terakhir, terima kasih saya ucapkan kepada anda di rumah, teruskan menonton Melodi,” katanya.

Ujarnya, peluang mengacarakan Melodi juga menjadi salah satu platform untuk dirinya berseronok setiap minggu.

“Setiap kali saya datang ke Melodi, tidak kira ada masalah atau penat — menjadi ruang untuk saya enjoy (berseronok).

“Saya Fikry Ibrahim, ‘signing off’. Terima kasih Melodi, terima kasih Malaysia,” katanya lagi.

Dalam siaran langsung malam tadi, Ain juga dilihat tidak dapat menahan sebak selain menyifatkan Fikry sebagai rakan hos yang menyenangkan.

“Fikry tak pernah menyusahkan tugas saya dan rasa seronoklah bekerja.

“Insya-Allah kalau ada rezeki, kita bekerjasama di luar sana,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihak Melodi tidak mengumumkan lagi mana-mana selebriti yang bakal menggantikan tempat Fikry minggu hadapan.

Sebelum ini, Melodi pernah dikendalikan barisan selebriti hebat seperti Fauziah Ahmad Daud, Raja Azura, Wahid Senario, Awal Ashaari, Nabila Huda dan Janna Nick. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN