PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung dan Sabah hingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Kedah (Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta).
Keadaan sama turut berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron).
“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor (Hulu Selangor) dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi),” katanya.
Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Kudat (Kudat).
MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE














