fbpx
Azahar

Senator Azahar keluar Bersatu, lepas jawatan Setiausaha Bersatu Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Ahli Dewan Negara, Senator Azahar Hassan mengisytiharkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.

Azahar berkata, keputusan itu turut menyaksikan beliau melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Setiausaha Bersatu Negeri Perlis.

“Saya, Senator Azahar Hassan dengan ini mengisytiharkan keluar sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkuat kuasa serta-merta dan melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk Setiausaha Bersatu Negeri Perlis.

“Walaupun begitu, tugas saya sebagai Ahli Dewan Negara akan saya teruskan demi tanggungjawab kepada rakyat Perlis,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas melalui pertimbangan panjang, penelitian sewajarnya serta muhasabah mendalam terhadap perkembangan semasa.

Katanya, keputusan tersebut adalah berdasarkan prinsip, pendirian dan pertimbangan peribadi demi meneruskan hala tuju perjuangan yang diyakininya.

Terdahulu, Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dan Exco kerajaan negeri Perlis, Marzita Mansor melepaskan jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN