fbpx
Kementerian Ekonomi akan memastikan stok petroleum negara mencukupi bagi tempoh Julai hingga Disember 2026. - GAMBAR HIASAN

Stok petroleum negara cukup sehingga hujung tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Ekonomi akan memastikan stok petroleum negara berada pada tahap yang selamat dan mencukupi bagi tempoh Julai hingga Disember 2026,

Menerusi satu kenyataan, Kementerian Ekonomi berkata, setakat bulan lalu bekalan minyak dan bahan api negara kekal dalam keadaan terkawal dan mencukupi untuk memenuhi keperluan domestik.

Jelasnya, ia susulan tindakan proaktif kerajaan yang dilaksanakan secara berfasa sejak berlaku gangguan di Selat Hormuz mulai 28 Februari 2026.

“Harga minyak mentah Brent yang mencecah paras tertinggi AS$144.50 setong pada awal April 2026 menyusut kepada AS$99.29 setong bagi tempoh 1 hingga 5 Jun 2026, mencerminkan sentimen pasaran yang semakin positif berikutan perkembangan rundingan damai.

“Bagaimanapun, kerajaan tidak memandang ringan situasi ini memandangkan kekangan bekalan fizikal dan susutan inventori global masih wujud,” kata kenyataan itu.

Kementerian Ekonomi mengeluarkan kenyataan itu dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) mengenai status semasa keterjaminan bekalan minyak dan bahan api negara bagi tempoh Julai 2026 hingga Disember 2026.

Mengulas lanjut, Kementerian Ekonomi memaklumkan sepanjang tempoh krisis, kerajaan komited untuk memastikan bekalan asas mencukupi, harga kekal terkawal dan rakyat terlindung daripada kesan ketidaktentuan pasaran global. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN