fbpx
Gambar hiasan.

Amaran ribut petir di lapan negeri hingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di lapan negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, kawasan terlibat di Kedah (Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), selain keseluruhan negeri Pulau Pinang.

Menurut kenyataan itu, amaran sama turut melibatkan beberapa daerah di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung serta Bagan Datuk.

“Selain itu, cuaca buruk turut dijangka berlaku di Rompin, Pahang serta Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan dan termasuk keseluruhan negeri Melaka.

”Jangkaan sama turut tertumpu sekitar Johor membabitkan Tangkak, Segamat, Muar, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya.

Tambah jabatan itu, di bahagian Malaysia Timur, hujan lebat berisiko melanda Sarawak yang tertumpu sekitar Bintulu (Tatau dan Bintulu) serta Miri (Subis, Miri dan Marudi).

”Keadaan cuaca sama juga dilaporkan di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh tersebut,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN