fbpx
Ambun (dua kiri) dan Meor Ismail (tengah) ketika bercakap pada sidang akhbar selepas sesi libat urus bersama media di Dewan Wawasan Markas Smart, Puchong hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

Super El Nino: Suhu dijangka sangat kuat November depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUCHONG – Fenomena El Nino yang telah bermula sejak Jun lalu dijangka mencapai tahap sangat kuat bermula November depan hingga Januari 2027.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi, Ambun Dindang, berkata, susulan itu, negara dijangka menerima kesan signifikan terhadap pengurangan jumlah hujan dan peningkatan suhu pada awal tahun 2027.

Bagaimanapun menurut beliau, Malaysia menerima kesan keadaan itu lebih lewat berikutan dalam tempoh tersebut, negara melalui fasa Musim Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh.

“Ramalan ini kita masih bergantung pada data-data yang akan dikeluarkan oleh Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan menerusi Pusat Ramalan Iklim.

“Walaupun ia berlaku di tengah Lautan Pasifik, kesannya boleh dirasai hampir seluruh dunia termasuk Malaysia. Namun di Malaysia, kesannya dirasai kemudian (lewat),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Sesi Libat Urus Bersama Media: Kesiapsiagaan Kerajaan Menghadapi Monsun Barat Daya Tahun 2026, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara, Meor Ismail Meor Akim, berkata, pihaknya telah meminta Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama Jabatan Alam Sekitar mempertingkat pemantauan terhadap 83 lokasi titik panas bagi menghadapi risiko kebakaran terbuka dan keadaan jerebu.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan tindakan pencegahan dan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih awal.

“Jabatan Pengairan dan Saliran turut diminta membuat penyelenggaraan empangan, manakala Jabatan Mineral dan Geosains dipertanggungjawabkan untuk mengenal pasti potensi sumber air bawah tanah.

“Ia membolehkan pembinaan telaga tiub sebagai langkah mitigasi di kawasan yang berisiko mengalami kekurangan bekalan air,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN