fbpx
PENGUSAHA kedai runcit etnik Rohingya ditahan JPJ selepas didapati memandu tanpa lesen sah dalam Ops Pewa di pekan Pokok Sena, dekat Alor Setar Sabtu lalu. Foto JPJ KEDAH

Lelaki Rohingya baru tutup kedai runcit ditahan JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang lelaki etnik Rohingya yang bekerja sebagai tukang rumah pada waktu siang dan mengusahakan kedai runcit pada waktu malam ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di pekan Pokok Sena, dekat sini Sabtu lalu.

Dalam Ops Pendatang Warga Asing (Pewa) kira-kira pukul 11 malam itu, lelaki berusia 32 tahun tersebut ditahan ketika memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, operasi yang dijalankan Unit Aman Khas JPJ negeri itu dibuat hasil aduan awam dan risikan.

Menurutnya, lelaki terbabit ditahan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menutup kedai runcit yang diusahakannya.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, lelaki itu gagal mengemukakan Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sah.

“Hasil semakan juga mendapati dia menggunakan Toyota Avanza yang menurut pengakuannya diberikan oleh abangnya selepas lelaki itu berpindah ke Amerika Syarikat,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu terbabit dikenakan saman kerana memandu tanpa lesen serta beberapa lagi kesalahan teknikal melibatkan kenderaan.

“JPJ turut mengambil tindakan terhadap pemilik berdaftar kenderaan iaitu seorang lelaki warga tempatan yang menetap di Pokok Sena mengikut peruntukan undang-undang berkaitan,” ujarnya.

Tambahnya, kenderaan itu turut disita bagi tujuan siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN