fbpx
Alitimet dan Shamsul Iskandar

Altimet tegur Shamsul baca ‘talkin’ pengundi Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet menegur tindakan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin yang membacakan ‘talkin’ kepada pengundi Johor dalam satu video berunsur sindiran politik.

Menerusi ruangan komen di Threads, Altimet berkata, perkara membabitkan agama tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan atau dipermainkan walaupun dengan niat untuk menyampaikan mesej politik.

“Ini bukan sesuatu yang wajar. Jangan jadikan perkara seperti ini sebagai bahan gurauan. Saya mohon video ini dipadamkan,” ujarnya.

Terdahulu, Shamsul Iskandar memuat naik video memaparkan dirinya membacakan ‘talkin’ khusus buat pengundi Johor dengan menyelitkan mesej supaya mereka mengambil kesempatan meminta apa sahaja daripada parti-parti yang datang berkempen.

Dalam video itu, beliau dilaporkan berkata, pengundi tidak perlu berasa gerun apabila didatangi wakil Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) atau mana-mana parti lain kerana mereka juga “makhluk Allah SWT”.

Shamsul didakwa turut berseloroh dengan menggesa pengundi meminta RM500 jika diberikan RM100, selain meminta Milo, susu dan bekalan beras selama sebulan sekiranya dihidangkan kopi atau teh.

“Apabila diberi RM100, mintalah RM500. Apabila diberi kopi atau teh, mintalah Milo, susu dan beras untuk keperluan selama sebulan.

“Namun apabila diminta untuk mengundi mereka, jawablah dengan lidah yang fasih dan terang. Kami tetap akan undi Harapan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN