fbpx
FERI dari Jeti Tammalang, Satun merapat di Terminal Feri Kuala Perlis sempena simulasi pembukaan semula laluan Kuala Perlis-Satun di Terminal Feri Kuala Perlis, semalam.

Feri Kuala Perlis-Satun kembali beroperasi Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Perkhidmatan feri Kuala Perlis-Satun bakal beroperasi sepenuhnya bermula Khamis ini selepas simulasi pengoperasian laluan antarabangsa berkenaan berjaya dilaksanakan semalam.

Pembukaan semula laluan itu dijangka merancakkan kembali sektor pelancongan antara Perlis dan Satun selepas perkhidmatan feri tersebut terhenti sejak pandemik Covid-19.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, pihaknya yakin kedua-dua pihak termasuk agensi keselamatan dan pihak berkuasa wilayah Satun bersedia melaksanakan pengoperasian penuh laluan feri penumpang itu.

“Alhamdulillah, pada pagi semalam, kita dapat mengadakan simulasi pengoperasian laluan feri Kuala Perlis-Satun dan Satun-Kuala Perlis.

“Pada 9 Julai ini, kita akan melaksanakan pengoperasian penuh selepas mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa Satun, khususnya berkaitan kelancaran operasi,” katanya di sini hari ini.

Menurut Abu Bakar, pembukaan semula laluan tersebut amat dinantikan oleh rakyat di kedua-dua kawasan, khususnya penduduk Perlis dan Satun yang sebelum ini bergantung kepada hubungan rentas sempadan berkenaan.

“Inilah yang ditunggu-tunggu rakyat Perlis dan Satun selepas pengoperasiannya dihentikan sejak pandemik Covid-19,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN