fbpx
Imej janaan AI

Ibu dakwa anak 7 tahun dibuli murid darjah 3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang ibu meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa anak lelakinya berusia tujuh tahun menjadi mangsa buli di sekolah.

Dakwa wanita itu menerusi satu perkongsian di laman Facebook, anaknya dipaksa membuka pakaian sebelum ditendang pada bahagian kemaluan oleh seorang murid darjah tiga di tandas sekolah.

Dedahnya, kejadian tersebut mula disedari selepas anak sulungnya, iaitu abang kepada mangsa dimaklumkan oleh rakan-rakan sebaya yang menyaksikan insiden berkenaan.

Tambahnya, anaknya dipaksa membuka uniform sekolah, termasuk pakaian dalam sebelum diarahkan mandi oleh si pembuli.

Bagaimanapun, wanita itu mendakwa anaknya ditendang selepas enggan menurut arahan sehingga mengakibatkan pergelutan.

“Kelam-kabut dia pakai baju semula dan lari keluar tandas sebab sakit.

“Saya menggigil bila dapat tahu cerita daripada anak sulung. Kedua-dua anak saya trauma, yang adik sampai tak mampu bercerita, abang pula kesal tidak sempat membantu,” katanya.

Wanita itu berkata, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah dan diarahkan hadir bagi membuat laporan rasmi.

Dakwanya, guru turut memaklumkan pembuli terbabit mempunyai rekod disiplin dan pernah menjalani tindakan kaunseling sebelum ini.

Dia turut berhasrat membuat laporan polis serta berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana bimbang terdapat murid lain yang pernah menjadi mangsa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN