fbpx
Putera Hamzah (tiga dari kiri) bersama Raja Jordan, Raja Abdullah II ( dua dari kanan) ketika majlis perkahwinan Hamzah pada 2012. - AFP

Jordan nafi tahan atau tangkap Putera Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMMAN, Jordan – Ketua Angkatan Tentera Jordan, Jeneral Yousef Huneiti menafikan adik tiri Raja Abdullah II, Putera Hamzah ditahan atau ditangkap seperti yang dilaporkan dan menegaskan siasatan berjalan secara terbuka serta setiap keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan telus.

Hamzah hanya diminta untuk menghentikan semua gerakan dan aktiviti yang boleh menggugat keselamatan dan kestabilan negara itu, demikian menurut Yousef dalam satu kenyataan rasmi.

Menurut laporan akhbar Saudi Gazette semalam, timbul ura-ura bahawa Hamzah diletakkan di bawah arahan penahanan di rumah apabila beberapa bekas pegawai kanan yang sebelum ini berhubung rapat dengan pemerintahan diraja ditahan tentera.

“Tidak ada kejadian yang melampaui undang-undang. Pihak tentera menjamin bahawa keselamatan dan kestabilan Jordan adalah yang paling utama bagi kami,” katanya kepada agensi berita rasmi, Petra.

Petra sebelum ini melaporkan bahawa sekurang-kurangnya dua pegawai kanan yang pernah bekerja di istana dan beberapa anggota tentera lain telah ditangkap atas alasan keselamatan negara tanpa diberikan keterangan lebih lanjut.

Laporan Petra mengatakan bahawa Sharif Hassan Zaid dan Bassem Ibrahim Awadallah, bekas ketua mahkamah kerajaan, ditahan.

Awadallah juga pernah berkhidmat sebagai menteri perancangan dan menteri kewangan.

Mahkamah kerajaan Arab Saudi semalam menyuarakan sokongannya kepada Raja Jordan, lapor Agensi Berita Saudi (SPA), selepas pasukan keselamatan Jordan menangkap seorang bekas penasihat raja dan yang lain atas alasan berkaitan dengan keselamatan negara.

“Arab Saudi memberi sokongan penuh dengan semua kemampuannya terhadap semua keputusan dan langkah yang diambil oleh Raja Abdullah II dan Putera Mahkota Al Hussein Bin Abdullah II, untuk menjaga keamanan dan kestabilan negara,” demikian kenyataan dari istana kerajaan Arab Saudi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN