fbpx
ANWAR menyantuni orang ramai yang hadir sempena Program Kita GENK Madani X Anak Muda Bukit Batu, Kulai hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

PRN Johor: Menang atau kalah, saya tetap PM – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keperluan untuk pihak lawan berkempen secara agresif kerana beliau kekal sebagai Perdana Menteri sama ada parti itu menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor atau sebaliknya.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, tiada keperluan untuk mana-mana pihak menggunakan kata-kata kurang enak kerana kehadiran beliau ke negeri ini bukan bertujuan untuk mencari gaduh.

“Menang PRN Johor saya (masih) Perdana Menteri, kalah PRN Johor pun saya tetap Perdana Menteri.

“Saya kata begini bukan sombong, cuma nak ingatkan cakap cermat sikitlah, jangan lupa.

“Saya bukan datang untuk gaduh tetapi untuk beritahu projek-projek seperti lebuh raya, Sistem Transit Rapid Link, Aliran Transit Automasi Bertingkat jangan bimbang itu bidang kuasa Persekutuan, kita akan buat.

“Tetapi di Johor, rumah murah untuk rakyat, gerai-gerai untuk rakyat berniaga, itu kerajaan negeri punya bidang kuasa, bukan Persekutuan, jadi buatlah,” katanya ketika berucap pada Program Kita Genk Madani X Anak Muda Bukit Batu di Taman Tropika, di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut berharap masyarakat Johor khususnya orang muda tidak termakan dengan hasutan segelintir pihak yang cuba melaga-lagakan rakyat berbilang kaum di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN