PETALING JAYA – Perkongsian seorang lelaki yang membantu datuknya mengakses siaran Piala Dunia 2026 semata-mata untuk menonton aksi bintang Portugal, Cristiano Ronaldo mencuri perhatian ramai di media sosial.
Menerusi hantaran yang dimuat naik pengguna Threads, @Wraath_12, dia berkata, datuknya menghubunginya pada awal pagi selepas gagal membuka aplikasi RTMKlik untuk menonton perlawanan yang dijadualkan pada pukul 7 pagi.
“Inilah yang jadi bila atuk nenek kau peminat Ronaldo. Siap telefon suruh pasang siaran Piala Dunia sebab nak tengok Ronaldo. Dulu senang sebab ada Astro, sekarang kena pasang modem buka RTMKlik.
“Perlawanan mula pukul 7 (pagi). Lepas subuh atuk cuba nak buka, tetapi tak dapat. Jadi terpaksa hubungi cucu. Nasib baik hari ini tiada kelas, jadi boleh datang tengok (tonton) sama-sama,” katanya.
Lebih mencuit hati, lelaki itu turut berkongsi sekeping nota tulisan tangan yang disediakan khas untuk datuknya sebagai panduan menggunakan alat kawalan jauh. – KOSMO! ONLINE














