fbpx
JET pejuang Rafale milik Tentera Udara India terbang pada hari pertama Pameran Udara Aero India 2021 di Bangalore pada 3 Februari 2021. – AFP

India mahu beli senjata lebih RM22 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI  – India semalam meluluskan  pembelian pelbagai peralatan ketenteraan untuk angkatan tenteranya  bernilai AS$5.46 bilion (RM22.23 bilion).

Peruntukan itu diluluskan oleh Majlis Pemerolehan Pertahanan (DAC) yang terdiri daripada barisan pegawai kanan tentera dan diketuai menteri pertahanan, demikian menurut kenyataan kerajaan.

Kenyataan sama bagaimanapun tidak menyatakan tempoh pembelian atau sama ada persenjataan itu akan diimport atau dihasilkan secara domestik.

Sejak sedekad lalu, New Delhi  cuba mengurangkan kebergantungan  kepada Russia yang menjadi  pembekal utama peralatan ketenteraannya dengan beralih kepada negara lain seperti Amerika Syarikat dan Perancis, serta meningkatkan pengeluaran domestik.

Pemerolehan itu termasuk pembelian sistem anti dron dan peperangan elektronik, peluru berpandu permukaan-ke-udara jarak sederhana,  misil anti kereta kebal mudah alih  serta dron kamikaze.

DAC juga meluluskan pemerolehan periuk api tentera laut, dron bawaan kapal dan kemudahan ujian untuk mengukuhkan pertahanan maritim.

Bajet pertahanan New Delhi semasa ialah AS$85 bilion (RM346.03 bilion). – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN