fbpx
ANGGOTA bomba membantu mendukung pekerja kilang yang cedera selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 9 meter ketika menjalankan kerja pembaikan silo di sebuah kilang simen di Tasek hari ini.

Pekerja cedera terjatuh 9 meter ketika baiki silo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki cedera selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 9.1 meter ketika menjalankan kerja pembaikan silo di sebuah kilang simen di Tasek, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 4.50 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dihantar ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 23 tahun sedang melakukan kerja-kerja pembaikan di atas silo dipercayai terjatuh ke atas bumbung sebelum terhumban ke dalam bangunan kilang.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan dan terseliuh akibat kejadian itu,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, anggota bomba membawa mangsa turun sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN