fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik di Threads.

[VIDEO] ‘Tahniah akak, ngam-ngam enjin hidup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan pantas seorang wanita memberhentikan kenderaan di tepi jalan untuk membantu lelaki warga emas menghidupkan enjin motosikal di persimpangan lampu isyarat mendapat pujian orang ramai.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh Valenne.ooi, wanita itu yang menunggang motosikal tidak teragak-agak membantu sebaik menyedari kesukaran yang dihadapi warga emas tersebut.

Katanya, pertolongan yang diberikan itu dilihat sangat tepat dan enjin motosikal berjaya dihidupkan sebelum lampu isyarat bertukar hijau.

“Tahniah kepada kakak yang bantu pak cik untuk menghidupkan motosikal yang mati enjin. Tak ragu-ragu langsung kakak itu berhenti ke tepi dan bantu.

“Masa memang ngam-ngam, lepas enjin hidup balik baru lampu isyarat hijau,” katanya pada hantaran tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji tindakan wanita tersebut yang disifatkan sebagai ‘heroin’ dan penyelamat pak cik tersebut.

“Terharunya tengok orang Malaysia kita saling membantu. Inilah Malaysia yang kita mahukan, tenang saja tengok,” ujar Wanyjy_.

“Tengok ini pun buat saya sebak sebab terbayang ayah kalau dia di dalam kesusahan. Terima kasih orang Malaysia semua baik-baik,” kata Warnaputih1234. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN