fbpx
Tangkap layar keadaan sebuah televisyen di kedai makan yang rosak akibat ditumbuk seorang penyokong ketika menyaksikan perlawanan antara Portugal dan Croatia awal pagi tadi.

[VIDEO] Penyokong Portugal ‘meletup’, sampai pecahkan TV kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang penyokong Portugal tular di media sosial selepas dia didakwa hilang kawalan sehingga merosakkan televisyen di sebuah kedai makan.

Difahamkan, kejadian tersebut disebabkan dia tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang membatalkan jaringan dibuat pemain sensasi, Cristiano Ronaldo pada minit ke 60 kerana ofsaid ketika pasukan kegemarannya menentang Croatia awal pagi tadi.

Kejadian itu dikongsikan pengguna Threads @nnfalll_ yang menerusi muat naik rakaman memaparkan keadaan skrin televisyen yang sudah bergaris selain suasana kekecohan di kedai tersebut.

“Member (kawan) geram tumbuk TV sampai kerusi terpelanting. Tahu-tahu gol ‘ofside’. Rugi-rugi kena bayar,” tulis pengguna tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial lain turut meninggalkan komen berseloroh, termasuk mengakui pernah mengalami ‘mood’ sama ketika menyaksikan perlawanan penting pasukan kegemaran masing-masing.

Bagaimanapun, sebahagian netizen turut menyifatkan tindakan terlalu emosi terhadap perlawanan bola sepak boleh mengundang kerugian dan risiko kerosakan harta benda.

“Aku pun baran kalau macam game (permainan) Portugal pagi tadi. Tapi jangan berlebih, tak pasal kena bayar ganti rugi beli TV baharu,” pesan Shauqi.

“Sepatutnya lapor polis, biar dia ke dalam. Orang macam ini tak boleh buat. Terpaling fanatik,” tegur Kashah_sahaja.

“Inilah sebabnya kita tidak boleh memiliki perkara yang baik. Memang kelakar, tetapi tingkah laku yang merosakkan akibat tidak dapat mengawal kemarahan adalah kelemahan terbesar bagi Malaysia,” tegur Ij_vanhuizen. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN