fbpx
RAMOS (kiri) muncul wira Portugal apabila meledak gol kemenangan untuk tewaskan Croatia 2-1 pada aksi pusingan 32 Piala Dunia 2026, hari ini. - AFP

Piala Dunia 2026: Ramos muncul wira Portugal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TORONTO – Portugal terus kekal dalam persaingan di Piala Dunia 2026 selepas menang 2-1 ke atas Croatia pada aksi pusingan 32 di Stadium Toronto, hari ini.

Walaupun hadir selaku pasukan tempat ketiga pada edisi empat tahun lalu, Croatia terpaksa akur tersingkir daripada saingan selepas Portugal memperoleh jaringan kemenangan pada masa kecederaan babak kedua.

Kejayaan ini juga mengekalkan harapan kapten Portugal, Cristiano Ronaldo untuk menutup legasinya dengan cerita sempurna sekiranya mampu menjulang pasukan bergelar juara.

Terdahulu, Ivan Perisic membuka jaringan perlawanan pada minit ke-53 namun kelebihan itu hanya bertahan 15 minit apabila Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti bagi menyamakan kedudukan.

Croatia terus dipalit kecewa selepas jaringan Petar Sucic dibatalkan kerana dikesan offsaid sekali gus mengekalkan harapan buat Portugal untuk layak.

Ketika perlawanan seakan-akan menuju masa tambahan, penyerang gantian, Goncalo Ramos muncul wira Portugal apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan babak kedua.

Di pusingan 16, Selasa ini, Portugal bakal berdepan satu lagi tugas sukar apabila dijadualkan menentang Sepanyol. AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN