fbpx
DR. MAHFODZ MOHAMED.

Pas pertahankan DUN Maharani, selain tambah kerusi lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Pas Johor mengambil maklum kenyataan yang menyatakan bahawa DUN Maharani perlu dikembalikan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ke-16.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, kenyataan tersebut tidak wajar menafikan peranan besar yang telah dimainkan oleh ADUN dari Pas di Maharani sepanjang penggal lalu.

Katanya, kemajuan, kestabilan dan pembelaan terhadap rakyat di kawasan ini turut terhasil daripada kerja berterusan wakil rakyat Pas yang berkhidmat dengan amanah, berhemah dan dekat dengan denyut nadi rakyat.

“Dalam sistem demokrasi yang sihat, kerajaan tidak boleh dibiarkan tanpa suara semak dan imbang yang berkesan. Setiap dasar, keputusan dan perbelanjaan kerajaan perlu dipantau agar benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, bukan sekadar menjadi slogan pembangunan semata-mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan DUN Maharani perlu dipastikan kembali ke pangkuan BN pada PRN Johor ke-16 selepas empat penggal berada di bawah pembangkang.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, tempoh empat penggal itu disifatkan terlalu lama sehingga menafikan nikmat pembangunan yang seharusnya dinikmati penduduk DUN Maharani.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN