fbpx
Tangkap layar klip video yang tular memaparkan seorang penumpang terjatuh di landasan LRT di Stesen Hang Tuah petang tadi.

Penumpang pitam jatuh ke landasan Stesen Hang Tuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang penumpang dipercayai pitam sebelum hilang imbangan dan terjatuh ke landasan di Stesen Hang Tuah, Laluan Ampang/Sri Petaling petang tadi.

Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan, insiden itu berlaku pada pukul 6.36 petang sebelum pasukan Polis Bantuan bersama petugas stesen bertindak pantas memberikan bantuan awal kepada penumpang terbabit.

Menurutnya, mangsa berjaya dibawa keluar dari kawasan landasan dengan selamat sebelum diberikan rawatan awal di bilik kecemasan stesen.

“Selepas pemeriksaan keselamatan dijalankan dan landasan disahkan selamat untuk beroperasi, perkhidmatan di Laluan Ampang/Sri Petaling kembali beroperasi seperti biasa pada pukul 6.52 petang.

“Rapid KL sentiasa mengutamakan aspek keselamatan penumpang dan mengingatkan orang ramai supaya mematuhi semua arahan keselamatan di stesen termasuk berada di belakang garisan keselamatan ketika menunggu tren serta tidak memasuki kawasan landasan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kata Rapid KL, orang ramai dinasihatkan supaya segera memaklumkan kepada petugas stesen atau anggota Polis Bantuan sekiranya terlihat penumpang yang berasa kurang sihat, pening atau tidak selesa ketika berada di stesen bagi membolehkan bantuan diberikan dengan segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN