fbpx
Gambar yang dimuat naik di Threads oleh Cempakadisana.

[VIDEO] ‘Tengok pun rasa sejuk, nyaman dan seronok’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan beberapa pesakit di sebuah hospital mendirikan solat subuh secara berjemaah di dalam wad mendapat perhatian dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh Cempakadisana, dia berkongsi sekeping foto tiga orang pesakit yang memakai pakaian hospital sambil mendirikan solat subuh secara berjemaah berhampiran katil pesakit, lengkap berkain pelekat serta berkopiah.

Menurutnya, sebagai seorang jururawat dia mengakui jarang melihat situasi pesakit melakukan solat berjemaah sedemikian sepanjang bertugas.

“Jarang nak nampak pesakit solat berjemaah macam ni, sejuk hati semua jururawat tengok. Semoga pesakit-pesakit cepat sembuh ye, Terima kasih indahkan pandangan kami pagi ini,” katanya pada hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut menyifatkan situasi itu sebagai satu teguran buat masyarakat untuk tidak malas menunaikan solat meskipun dalam keadaan sakit, malah menjadi kewajiban bagi mereka yang sihat.

“Kita yang dikurniakan tubuh badan sihat pun kadang-kadang liat nak solat. Tapi lepas tengok mereka ni tengah sakit pun masih boleh berjemaah, memang hebat,” ujar Khairulmustafar_.

“Tengok gambar ni pun rasa sejuk, nyaman dan seronok. Apatah lagi depan mata. Semoga dikurniakan kesembuhan,” kata Fss_mad.

“Mesti dah jadi rutin mereka untuk solat berjemaah di masjid atau rumah. Sebab tu mereka praktikkan juga di hospital, terbaik,” tambah Hasrina.abaz. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN