fbpx
HAALAND (No.9) membawa Norway ke pusingan seterusnya selepas meledak gol kemenangan ketika menewaskan Ivory Coast. - AFP

Piala Dunia 2026: Gol kemenangan Haaland julang Norway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEXAS – Norway meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila menyingkirkan Ivory Coast pada saingan 32 terbaik menerusi kemenangan 2-1 di Stadium Dallas awal pagi tadi.

Walaupun aksi keseluruhan menyaksikan The Elephants mempamerkan corak permainan lebih baik, namun tuah nyata memihak kepada Norway apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi penyerang, Erling Haaland pada penghujung perlawanan.

Pada pertemuan itu, Norway membuka tirai jaringan menerusi Antonio Nusa enam minit sebelum tamat separuh masa pertama sebelum Ivory Coast kembali menyamakan kedudukan hasil jaringan Amad Diallo di minit ke-74.

Ketika perlawanan dilihat mungkin diheret ke masa tambahan, Haaland menjadi wira skuad The Vikings itu apabila menjaringkan gol kemenangan selepas menolak masuk hantaran dilakukan Patrick Berg.

Bagaimanapun, Ivory Coast sekali lagi berpeluang untuk kembali menyamakan kedudukan pada masa kecederaan, namun sepakan percuma Diallo dari luar kotak penalti diselamatkan penjaga gol, Orjan Nyland.

Kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan dan Norway meneruskan cabaran mereka dalam kempen kali ini selepas berjaya melangkah ke pusingan kalah mati buat kali pertama pada saingan Piala Dunia.

Mereka dijangka berdepan laluan sukar dalam misi memburu tempat ke pusingan suku akhir apabila dijadualkan bertemu juara lima kali, Brazil pada aksi 16 terbaik nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN